Monday 3 October 2016

PERALATAN FIRST AID (FIRST AID KIT)



PERALATAN FIRST AID (FIRST AID KIT)

Bagi setiap program atau setiap tempat yang mempunyaio risiko kecederaan yang kerap, First Aid Kit adalah alatan yang wajib dimiliki dan dikuasai kemahirannya.
Antara aktiviti yang digalakkan untuk membawa peralatan First Aid adalah semasa aktiviti lawatan sekolah, hari sukan, perjalanan jauh dan program penting.
antara pengalaman penulis sendiri, semasa penulis mengalami pengalaman kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas, penulis mendapat kecederaan ringan tetapi dapat dirawat dengan hanya menggunakan First Aid Kit yang simple. penulis pada ketika itu cuba meminta bantuan First Aid daripada satu kedai pertanian dan mendapati segala peralatan First Aid yang basic dimiliki oleh kedai yang menguruskan mengenai pertanian itu. sesuatu yang amat hebat dilakukan oleh mereka.

disini saya meletakkan senarai antara peralatan asas dalam First Aid :

1. Triangular bandage (kain anduh)Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang.

2. Sterile eye pad (pad mata anti bakteria) : Melindungi mata yang tercedera/ terkena bendasing.


3. Non-sterile gauze dan sterile gauze (kain kasa) :
Melakukan pencucian luka/ membuat balutan/ memberi tekanan pada pendarahan dan menstabilkan kepatahan.


4. Elastic bandage/ crepe bandage :
Menstabilkan kecederaan/kepatahan/untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan. eg: dislocation (terseliuh).


5. Glove-disposable/ nonsterile (sarung tangan pakai buang)Melindungi diri dari sebarang cecair badan/ sumber jangkitan.


6. Scissor (gunting) : Memotong gauze/ bandage.


7. Adhesive tape (tape pelekat)  : Melekatkan balutan dan pembebat.


8. Sterile multi-trauma dressing/gauze (kain kasa anti bakteria): Melakukan pembebatan luka.


9. Alcohol prep pads : Mencuci sebarang bendasing/ kekotoran pada luka sebelum membalut. juga digunakan sebelum melakukan sebarang injection.


10. Cotton bud (kapas) : Memcuci luka pada kawasan sukar.


11. Acriflavine (ubat kuning) : Untuk antiseptic.


12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) : 

Antiseptic dan digunakan sebagai cucian luka luar.

13. LMS solution (minyak panas) : melegakan sakit otot.

14. cool spray : untuk melegakan sakit otot dengan segera *banyak digunakan dalam aktiviti sukan 





No comments:

Post a Comment