Tuesday 4 October 2016

Cara Penggunaan Anduh (sling)

Cara Penggunaan Anduh (sling)



kain anduh tiga segi adalah merupakan kain yang sangap penting di dalam aktiviti pertolongan cemas. ini kerana kain ini boleh digunakan dalam pelbagai penggunaan. antara penggunaan kain anduh adalah

  • mengampu bahagian yang cedera atau patah
  • menghenti atau menahan pendarahan
  • mengurangkan pengerakan bahagian yang cedera
  • menetapkan bahagian yang cedera
  • dapat digunakan sebagai pengipas
  • menutup atau membalut tempat yang luka atau cedera
  • sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk
anduh mempunyai 4 jenis :

1. Anduh besar (Large aArm Sling)
-mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
-mengurangkan pengerakan serta sakit anggota atas


2.Anduh 3 segi/ Anduh st.john's (Trigular Sling)
-menahan pendarahan anggota atas,
-mengampu kecederaan bahu dan tulang skapula
-mengampu anggota atas yang cedera



3. Anduh kecil (Small Arm Sling)
-mengampu kecederaan di bahagian bahu
-mengampu tulang klavikal yang cedera
-mengampu anggota atas yang cedeera



4. Anduh leher dan lengan (Collar and Cuff Sling)
-mengampu penggerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal




contoh anduh yang dapat digunakan:






No comments:

Post a Comment