Saturday 8 October 2016

Mengurus Pesakit Vietnam

Teringat pada satu pengalaman kami satu ketika dahulu dimana kami diberi peluang untuk melakukan penghantaran pesakit warga Vietnam dari Kuala Terengganu ke KLIA. 


Urusan penghantaran ini berlaku pada bulan puasa yang lepas. Pesakit warga Vietnam yang kami bawa mengalami kecederaan patah tulang belakang dan lumpuh seluruh badan.


Kami memilih perjalanan pada waktu malam kerana keadaan lalu-lintas yang lengang dan dapat melancarkan perjalanan kami ke KLIA.
Kami bertolak dari Kuala Terengganu jam 9 mlm selepas berbuka puasa.
*mula bertolak


Alhamdulillah...
Selama 5 jam perjalan kami akhirnya kami sampai di KLIA dengan selamat. Dengan masa yang ada, kami mengambil peluang dengan staf kami untuk bersahur bersama-sama di KLIA. 
*Gambar sekitar KLIA

Ini pengalamam pertama kami bersahur di KLIA.

Pada jam 6.30 pagi, kami didatangi pengawai pengurusan daripada MAS Airline untuk menguruskan urusan imegresen pesakit serta pengiring pesakit bagi melancarkan proses membawa pesakit pulang ke Vietnam pada jam 9 pagi.

Proses imegresen berjalan dengan lancar dan kami dibenarkan untuk membawa pesakit terus ke landasan kapal terbang bagi membawa pesakit ke dalam pesawat. Kami dibantu oleh beberapa orang staf medical MAS Airline untuk membawa pesakit masuk kedalam pesawat.

*Ambulans masuk landasan KLIA

Walaupun ruang untuk masuk ke dalam pesawat agak sempit, dengan kerjasama yang ada, kami dapat membawa pesakit ke tempat khas yang disediakan oleh pihak pengurusan Mas Airline dengan lancar.

*proses masuk ke dalam badan pesawat



*Keadaan dalam badan pesawat

Setelah selesai semua urusan sekitar jam 9.30 pagi, kami bergegas pulang ke Terengganu untuk menyelesaikan tugasan lain di Terengganu.

Beres... kami sampai dengan selamat di Terengganu jam 4.30 ptg.

*gambar sekitar KLIA



No comments:

Post a Comment