Jom belajar CPR
CPR atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.
CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Terdapat perbezaan anatara CPR untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dan artikel hanya membincangkan CPR kepada pesakit dewasa. (CPR kanak-kanak akan dikeluarkan nanti).
Bilakah seseorang itu perlukan CPR anda?
Apabila terdapatnya seseorang yang secara tiba-tiba rebah dan pengsan, hendaklah anda terus menggoncang tubuhnya dan bertanya “Encik…Encik…Awak OK ke?”. Sekiranya tiada respons, iaitu samada ianya sudah tidak bernafas atau bernafas secara abnormal, terus dapatkan bantuan seseorang menghubungi Talian Kecemasan 9-9-9. Kemudian, anda mulakan CPR kepada mangsa, tanpa lengah. Jadikanlah diri anda sebagai ‘penyelamat’.

Saya tak tahu CPR, macamana nak buat?
Jangan bimbang. CPR utk orang awam seperti anda tersangatlah mudah. Anda pasti boleh lakukannya walaupun tak pernah buat dan belajar sebelum ini. Apa yang ada perlu lakukan HANYALAH……. PRESS HARD AND FAST iaitu TEKAN KUAT DAN CEPAT di atas bahagian tengah dada mangsa. Lakukan je…walaupun anda tak tahu tujuannya

Menekan dada dalam istilah perubatan dipanggil ‘chest compression’. Untuk melakukannya, pastikan mangsa dalam keadaan baring di permukaan yang keras dan rata. Berlututlah di sisi rusuk mangsa, dan tetapkan keadaan kedua tangan anda di mana kedua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi di antara satu sama lain (lihat rajah). Pastikan lengan anda lurus, dan letakkan serta tetapkan posisi dasar tapak tangan anda di tengah-tengah dada mangsa. Lakukan tekanan dada mangsa dengan menggunakan kekuatan berat badan anda, dan bukannya kekuatan tangan anda. Tekanan Dada yang anda lakukan itu sebenarnya akan menolong mengepam jantung mangsa yang telah berhenti, dan menggerakkan semula aliran darah. Tekanan yang berulang-ulang akan memastikan pergerakan darah berterusan.
Setiap kali membuat tekanan dada mangsa, pastikan ianya tertekan ke dalam sekurang- kurangnya 2 inci, dan di antara tekanan lepaskan semula daya yang dikenakan kepada dada supaya ianya kembali kepada kedudukan asal. Sasarkan sebanyak 100 kali tekanan dada dalam masa 1 minit.
Teruskan tekanan dada itu sehinggalah pertolongan sampai. Jangan bimbang tentang kemungkinan masalah pernafasan yang mungkin mangsa alami, dan tak perlu fikirkan yang lain melainkan ‘tekanan dada’ sahaja.
Adakah semua orang akan lakukan CPR dengan kaedah yang sama?
Tidak. Mereka yang terlatih dalam bidang perubatan biasanya melakukan CPR dengan kaedah yang agak berbeza daripada orang awam. Biasanya mereka akan memeriksa nadi tangan dahulu sebelum melakukan CPR. Kemudian ianya dituruti dengan 3 langkah yang mudah diingati iaitu semudah C-A-B :
“C”– “Do Chest Compressions” – 30 tekanan dada dilakukan sebagaimana kaedah yang diterangkan di atas.
“A” – “Check the Airway” – Saluran Udara akan diperiksa di mana kedudukan kepala dan rahang dipastikan sesuai untuk memudah perjalanan aliran udara. Kaedah “Dongakkan Kepala, dan Angkatkan Rahang” adalah kaedah yang biasa dilakukan bagi memudahkan saluran udara terbuka.
“B” – “Do rescue Breathing” – Di sini penyelamat akan memicit hidung mangsa hingga tertutup sepenuhnya, dan melakukan hembusan udara dari mulut ke mulut atau menggunakan alat yang khas. Kaedah ini membolehkan mangsa menerima lebih gas oksigen yang masuk ke paru-parunya. Penyelamat biasanya aka memberikan bantuan pernafasan ini sebanyak 2 kali sebelum mengulangi tataca ‘tekanan dada’ seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Kitaran ini akan berterusan iaitu 30 tekanan dada dan 2 kali hembusan nafas, sehinggalah bantuan ambulan sampai dan kakitangan yang telah dilengkapi dengan peralatan yang lebih sesuai mengambil alih tugas melaksanakan CPR tersebut.
Kesimpulan
Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association 2010), bagi mereka yang tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR, hanya perlu melakukan kaedah ‘Tekanan Dada’ sahaja, dan tidak perlu bimbang memikirkan atau melakukan pertolongan pernafasan.

Kesimpulannya, masih ramai di kalangan anggota masyarakat kita ini agak asing dengan CPR, dan bagi mereka yang pernah belajar dan ada sedikit pengetahuan pun akan teragak-agak atau takut untuk melakukan CPR kerana memikirkan perlunya bantuan pernafasan dilakukan. Oleh itu, dengan sedikit perkongsian ilmu ini, LAKUKANLAH CPR dengan kaedah ‘HANDS-ONLY’ iaitu ‘TEKANAN DADA SAHAJA’ kerana ianya lebih mudah dan lebih selesa untuk dilaksanakan. Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan bekalan darah bagi mereka yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti, dan ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.
“JUST DO CHEST COMPRESSION – IT IS BETTER THAN DO NOTHING AT ALL”
Diambil dari (https://www.facebook.com/HMSMedicalServices/posts/912953805475643)
No comments:
Post a Comment