Tuesday 1 November 2016

Penerangan Perkhidmatan HMS Promedic



Salam pembaca page nie..
Hari nie saya nak terangkan kepada anda 4 perkhidmatan utama kami...



Empat(4) perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kam adalah :

  1. Penghantaran
  2. First Aid Class
  3. Event Standby
  4. Home Nursing

First dalam list perkhidmatan kami adalah Penghantaran

-Penghantaran-
Perkhidmatan penghantaran yang kami maksudkan adalah penghantaran kepada pesakit yang sukar untuk bergerak ataupun pesakit yang tidak dibenarkan banyak bergerak. Kemungkinan pesakit tidak mampu bergerak seperti pesakit yang koma, stroke, lumpuh dan pelbagai keadaan lagi yang menyukarkan pengerakan pesakit.
Pesakit yang baru melakukan pembedahan yang besar turut termasuk dalam kategori pesakit yang tidak dibenarkan banyak bergerak, Maka syarikat kami menyediakan perkhidmatan ambulance untuk menghantar pesakit kepada destinasi yang diingini. Antara lokasi atau pengerakan ambulance bagi penghantaran adalah seperti:

  • Dari Rumah ke Hospital
  • Dari Hospital ke Rumah
  • Dari Hospital ke Hospital lain
  • Temujanji(TCA) Klinik Pakar/Dialisis
Sekiranya pesakit ingin melakukana pemindahan dari rumah ke rumah kami turut bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada ambulance kepada anda. 
bagi yang tidak memiliki kesempatan untuk menguruskan keluarga kerana urusan kerja, pihak kami turut bersedia untuk membantu pesakit sepanjang perkhidmatan kami sepanjang tempoh perkhidmatan yang disediakan. Sebagai contoh situasi-
Anda menggunakan perkhidmatan kami untuk melakukan penghantaran dari rumah ke hospital, urusan pesakit akan dibantu oleh pihak kami bergantung pada situasi yang dialami pesakit. urusan seperti pendaftaran, urusan dengan pakar/doktor, pengambilan ubat dan sewaktu dengannya anda boleh menggunakan bantuan daripada syarikat kami. 


Second dalam list perkhidmatan kami adalah First Aid Class

-First Aid Class-
First Aid Class adalah merujuk kepada kelas bantuan kecemasan yang akan dikendalikan oleh pihak kami. Kelas ini adalah dilakukan oleh pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kursus dan sijil dalam First Aid. Pegawai kami juga adalah amat berpengalaman dalam melakukan bantuan kecemasan dan turut berpengalaman dalam memberikan kelas bantuan kecemasan kepada anda.
Kelas bantuan kecemasan ini dapat dilakukan dalam pelbagai organisasi seperti di sekolah-sekolah, universiti, program-program oleh kerajaan atau kumpulan bukan kerajaan(NGO) dan syarikat-syarikat. Sekiranya organisasi anda berminat dalam melakukan kelas bantuan kecemasan anda boleh menghubungi kami di talian yang disediakan bagi melakukan perbincangan mengenai perkhidmatan kami.

Third dalam list perkhidmatan kami adalah Event Standby

-Event Standby-
Bagi mereka yang melakukan program-program yang memerlukan perkhidmatan pertolongan cemas atau ambulance, kami turut menyediakan perkhidmatan ini. anda mungkin memandang ringan dalam perkhidmatan ini tetapi tahukah anda bahawa pelbagai perkara yang tidak dapat dijangka boleh berlaku tanpa kita sedari terutama bagi program-program besar atau kasar seperti program sukan dan program kem pelajar-pelajar dan perkhemahan. 
Terutama dalam program perkhemahan dalam kawasan yang mencabar, peserta terdedah dengan bahaya serangga yang berbisa, sakit secara mengejut dan kesilapan teknikal yang berlaku seperti penggunaan alat tajam yang silap, dan pelbagai perkara lagi yang tidak dapat dijagka. Seperti pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" jadi kami turut mengeluarkan pepatah "sediakan paramedic sebelum menyesal". Kami turut menyediakan khidmat kami kepada mana-mana organisasi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan.


Last dalam list perkhidmatan kami adalah Home Nursing

-Home Nursing-
Perkhidmatan ini disediakan bagi pesakit yang memerlukan bantuan kejururawatan di rumah anda. Bagi perkhidmatan ini, anda perlu menghubungi kami dan kami akan merujuk kepada mereka yang memiliki kemahiran dan kelulusan dalam bidang kejururawatan.








No comments:

Post a Comment